اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته SELAMAT DATANG KE BLOG من جد وجد!!!! JANGAN LUPE FOLLOW YER,,◕‿◕.
RSS

Wednesday, July 25, 2012

PILIHAN MUTIARA KATA ILMUAN ISLAM

ABDULLAH BIN ABBAS
“ Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”

ABDULLAH IBNU AL-ABBAS
“Bertukar fikiran tentang ilmu sebahagian daripada malam, lebih disukai daripada berbuat ibadah di malam hari”
“Sesiapa yang memiliki empat perkara itu, dia beruntung iaitu benar, malu, bagus akhlak dan zuhud.”


SYEIKH MUHAMMAD ABDUH
“ Sabar itu ibu segala akhlak.”
“Kemuliaan itu ialah kebanggaan jiwa, tujuan perasaan dan pandangan, sinar kebanggaan diri yang menimbulkan amal dan meninggalkan bekas yang baik kepada bangsa dan kaumnya atau kepada peri kemanusiaan seluruhnya.”
MATRAF BIN ABDULLAH
“Pada keikhlasan sesaat itu kebebasan abadi akan tetapi keikhlasan itu jarang ada”
SAHL BIN ABDULLAH
“ Manusia seluruhnya mati, selain ahli ilmu, para ilmu itu mabuk, selain yang baramal, orang yang beramal seluruhnya tertipu, selain yang ikhlas.”
SALIM BIN ABDULLAH
“ Ketahuilah, bahawa pertolongan Allah Taa’la kepada hamba itu atas niatnya.Siapa yang sempurna niatnya, nescaya sempurnalah pertolongan Allah dan jikalau kurang, nescaya berkurang menurut kadarnya.”
HASAN AL-BANNA
“Jangan mengkafirkan orang yang telah rasmi mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengamalkan perintah agama, kecuali orang yang sengaja telah mengucapkan kalimah kekafiran dan murtad.”
HASAN AL-BASHRI
“Janganlah engkau membeli permusuhan seseorang dengan kesayangan seribu orang.”

“Barangsiapa banyak perkataannya, nescaya banyak bohongnya. Barangsiapa banyak hartanya, nescaya banyak dosanya dan barangsiapa buruk akhlaknya nescaya ia menyiksakan dirinya.”
 
ABU DARDA’
“Ibadah itu laksana tangga yang akan mengangkat ke atas kebaikan yang tinggi sehingga ia dapat menengok yang hak dalam kebesaranNya dan hakikat pada sumberNya.”

“Jangan engkau makan kecuali yang baik,Jangan engkau usahakan kecuali yang baik, jangan engkau masukkan ke rumahmu kecuali yang baik.”
 

“Barangsiapa yang tidak pernah merasa puas terhadap dunia maka tiada dunia baginya.”
 
AL-GHAZALI
“Akal dapat melihat dan mengerti dirinya sendiri dan sifat-sifatnya sendiri, sebagaimana dapat pula ia melihat yang lain-lainnya.”

“Neraka batin hanya diuntukkan bagi mereka yang celaka dan gagal di dalam mencapai hakikat tujuan hidupnya.”
 
ABU DZAR AL-GHIFARI
“Kebenaran hendaknya disertai keberanian.”

“Sendirian adalah lebih baik daripada mengambil teman duduk orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih bagus daripada sendirian.”
 
LUKMANUL HAKIM
“Jangan kau hilangkan air mukamu dengan meminta.”

“bahawa orang mukmin, apabila memperhatikan akan akibat, nescaya ia aman dari penyesalan.”
 
PROF.DR.HAMKA
“Wanita yang budiman adalah laksana matahari yang terbit di waktu fajar bagi orang yang menanti kedatangan siang.”
IMAM ABU HANIFAH
“orang yang cinta kemewahan dunia ialah penakut,tidak berani menegakkan kebenaran yang diredhai.”
ABDULLAH BIN AMAR
“Bayarkanlah hutangmu, kalauj tidak oleh warismu sebelum ajal memanggilmu.”
ABU HURAIRAH
“Takutlah menghukum tanpa ilmu dan berbicara tanpa belas kasihan.”
ABU SA’ID BIN ABDURRAHIM
“Sesungguhnya diramaikan dunia dengan sedikit akal penghuninya.”
RABIAH BINTI ISMAIL ADAWIYAH
“Mencari rumah tempat tinggal itu amat mudah, tetapi mencari jiran adalah sukar.”
IBRAHIM IBNU AHMAD
“Terlalu mencintai dunia membuat orang tuli, buta dan menjadi hamba.”
ALKHALIL IBNU AHMAD
“Orang itu ada empat jenis:
Orang yang mengetahui dan dia mengetahui.Maka dia itu ialah orang berilmu.
Orang yang mengetahui dan tidak tahu bahwa dia tidak mengetahui.Maka dia itu ialah orang tidur.
Orang yang mengetahui dan tahu bahawa dia tidak mengetahui.Maka dia ialah orang yang meminta petunjuk.
Orang yang tidak mengetahui dan tidak tahu bahawa dia tidak mengetahui. Maka di itu ialah orang-orang jahil.”
AL-AHNAF
“Persaudaraan itu adalah mutiara yang halus, jikalau tidak menjaganya, akan mendatangkan bahaya.”
KA’AB ALAKBAR
“Mereka memilih dunia dari akhirat,mereka makan hasil lidah mereka.Mereka mendekati orang-orang kaya tidak orang-orang miskin.Mereka cemburu kepada ilmu pengetahuan seperti kaum wanita cemburu kepada kaum lelaki.Dia marah pada teman apabila dia duduk dengan orang lain.Orang yang berilmu semacam itulah orang-orang yang keras hati,musuh Tuhan yang maha pengasih.”
MALIK BIN ANAS
“Pertengkaran itu tiada mempunyai erti apa pun dari agama.”
“Perbantahan itu mengesatkan hati dan pusaka kedengkian.”
ABU AYUB AL-ANSARI
“Berjuanglah baik dalam keadaan senang ataupun susah.”
ABU MUSAAL-ASY’ARI
“Yang penting ialah ikhlas,kemudian biarlah terjadi apa yang akan terjadi.”
ATHA
‘Suatu majlis ilmu itu akan menutup kesalahan tujuh puluh majlis sia-sia.’
ABDURRAHMAN BIN AUF
“Untuk menjadi kaya,janganlah kau menolak keuntungan sekali-kali,jangan melambatkan dalam hal jual beli dan jangan menjual dengan menangguhkan bayaran.”
UMAR BIN ABD AZIZ
“Bertakwalah kepada Allah dan jauhilah senda gurau kerana senda gurau itu mewarisi sakit hati dan menghala kekejian.”
“Memikirkan mengenai nikmat-nikmat Allah SWT adalah termasuk ibadah yang paling besar.”

AKHLAK MULIA RASULLAH S.A.W.



         Akhlak merupakan tingkah laku ataupun keperibadian yang mencerminkan  sifat ataupun sikap seseorang. Sekiranya baik akhlak yang ditunjukkan , maka baiklah seseorang itu.Sekiranya buruk akhlak yang ditunjukkan ,maka buruklah seseorang itu. Begitulah juga dengan kehidupan manusia di dunia ini sejak dahulu sehinggalah sekarang ada yang baik dan buruk, benar dan salah, kebajikan dan kemungkaran. Pertarungan antara hak dan batil tidak akan pernah berhenti selama dunia ini masih ada.
       Oleh yang demikian , sekiranya kita menginginkan kehidupan yang penuh harmoni , jauh dari kemungkaran dan kemaksiatan maka caranya ialah dengan kita kembali mempraktikkan nasihat-nasihat Rasullullah saw di dalam kehidupan kita seharian baik kehidupan peribadi , keluarga ataupun masyarakat . Apa yang perlu kita tekankan di sini ialah soal akhlak kerana soal inilah yang paling penting dalam ajaran Islam.
Nabi (saw) bersabda :
Sesempurna –sempurna imannya orang mukmin ialah yang lebih baik akhlaknya.”
                                                                                                                     (Riwayat Tirmizi)
Maksud hadis di atas ialah akhlak merupakan soal penting bagi kehidupan seseorang Islam, kerana akhlak merupakan bukti tanda kesempurnaan Islam serta iman seseorang. Belum dianggap orang itu memiliki iman yang sempurna kalau akhlaknya tidak baik. Jadi sempurnanya iman seseorang tergantung pula kepada sempurnanya akhlak.
Rasullullah SAW diutus oleh Allah SWT untuk memberi bimbingan serta petunjuk menuju kea rah sempurnanya akhlak yang mulia yang sudah tentu akan membawa pula kearah kemuliaan bagi hidup manusia di dunia ini.
Sabda Rasullullah SAW:
“ Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan budi pekerti mulia.”
                                                                                                         (Riwayat Ahmad)
         Rasullullah dalam memberi bimbingan akhlak bukan sekadar teori melainkan dipraktikkan olehnya terlebih dahulu dan ini diketahui oleh orang-orang yang hidup saat itu sebagaimana pengakuan sahabat Anas berkata :
“ Adalah Rasullullah SAW itu sebaik-baik manusia akhlaknya.
                                                                                                         ( Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lantas bagaimanakah akhlak Rasullullah itu?
Beberapa orang pernah datang kepada isteri nabi SAW.Maka dijawab oleh Aisyah :
“ Akhlak nabi itu ialah Al-Quran”
Maksudnya seluruh isi Al-Quran itu sudah diamalkan oleh Rasullullah SAW. Jadi Rasullullah merupakan gambar hidup Al-Quran.
Diantara budi pekerti Rasullullah SAW menurut hadis dan as-sunnah yang boleh kita jadikan contoh adalah seperti berikut :
1.      Memberi salam kepada sesama manusia
2.      Pergaulan yang baik dalam hidup masyarakat
3.      Menghormati  orang lain
4.      Berbudi bahasa dan bersopan santun
5.      Berbuat kebaikan dan kebajikan kepada sesama manusia
6.      Selalu memberi sedekah makanan dan minuman
7.      Menziarahi orang sakit
8.      Menziarahi dan mengiringi jenazah ke perkuburan
9.      Mengasihani kanak-kanak
10.  Menerima jemputan dari sesiapa jua dan mendoakannya.
11.  Menahan marah dan memaafkan seseorang yang bersalah.
12.  Meninggalkan segala larangan agama
13.  Meninggalkan perbuatan caci mencaci, menghina ,mengadu-domba dan melagakan orang lain.
14.  Tidak bercakap atau bersumpah bohong
15.  Tidak bakhil,lokek atau kikir.
16.  Tidak boros membelanjakan harta yang tidak kena tempatnya.
17.  Tidak menghampakan harapan orang yang meminta pertolongan atau bantuan
18.  Tidak menipu orang
19.  Tidak memutuskan persaudaraan, persahabatan  atau silaturrahim samada ahli keluarga , sahabat ,jiran tetangga atau umat Islam.
20.  Tidak berkelakuan atau berperangai jahat dan maksiat
21.  Tidak sombong atau meninggi diri
22.  Tidak banyak bercakap terutama kata-kata yang sia-sia ,kotor, lucah dan seumpamanya.
23.  Tidak melakukan tabiat yang keji,maksiat dan kemungkaran
24.  Tidak melakukan tabiat menyumpah seranah terhadap orang lain
25.  Tidak melakukan perbuatan hasad dengki
26.  Tidak berlaku curang atau mengkhianati orang lain.
27.  Tidak menzalimi atau menganiayai orang lain.

         Sekiranya kita ingin berakhlak seperti Rasullullah SAW ,kita hendaklah membaca Al-Quran ayat demi ayat dan kita cuba praktikkan dalam kehidupan kita.Mungkin kita akan menemui perintah yang menurut anggapan kita agak berat maka cepat-cepatlah kita minta tolong kepada Allah agar diberi kekuatan untuk melaksanakan perintah tersebut.Jika setiap orang yang mengaku Islam mahu melaksanakan apa yang disebut tadi, insyaallah kejayaan Islam akan menjadi kenyataan.
           Mari kita galakkan membaca Al-Quran di rumah kita masing-masing dan usahakan untuk memahami kandungannya. Kita dapat membeli tafsir Al-Quran yang terjemahkan dalam Bahasa Melayu.Insyaallah ajaran Al-Quran akan meresap ke dalam hati sanubari  kita. Umar b.Al-Khattab yang begitu keras kepala akhirnya menjadi lunak  kerana tersiram dengan ayat suci Al-Quran yang asalnya musuh yang keras terhadap Islam ,berbalik menjadi  pembela Islam yang gagah dan berani.
(Diterbit oleh ILDAS)