Assalamualaikum….sempena bulan Ramadhan yang
mulia…tentu ramai pergi ke masjid untuk beribadah.Di
sini kita akan pelajari adab2 masjid,yang terdiri
daripada :
1- Adab masuk ke masjid
2- Adab keluar masjid
3- Doa masuk dan keluar masjid
4- Fadhilat beradab di masjid
5- Akibat tidak beradab di masjid
Latihan untuk tajuk adab masjid juga disediakan…
ADAB MASJID
(PELAJARAN AKHLAK TAHUN 2 BUKU TEKS JAIS)
ADAB MASUK MASJID
1- Mendahulukan kaki kanan dan memberi salam.
2- Membaca doa masuk masjid.
3- Solat sunat tahiyatul masjid.
4- Berniat iktikaf
5- Disunatkan berzikir dan membaca Al-Quran
6- Jangan bergurau dan membuat bising.
ADAB KELUAR MASJID
1- Membaca doa.
2- Melangkah dengan kaki kiri
3. Berniat untuk datang semula ke masjid.
4- Beradab sopan ketika keluar dari masjid.
5- Jangan mengambil barang orang lain.